Banner

iklan

Bunga Citra Lestari Queen Control?

bunga citra lestari 1
Penyanyi serta pelakon dari Indonesia Bunga Citra Lestari mengakui bahawa dirinya seorang yang “queen control” seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Bunga Citra Lestari yang juga merupakan isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair tampak lebih dominan dalam rumah tangga mereka.
Walaubagaimanapun, aktres itu mengatakan beliau memang seorang queen control tetapi hanya kepada dirinya sendiri.
“Sebenarnya saya tidak kisah kalau ada pihak yang menganggap saya dominan atau queen control dalam perkahwinan. Ini kerana saya dan Ashraf tahu kedudukan kami yang sebenar. Ashraf juga seorang yang dominan, tetapi mungkin sifatnya itu tidak kelihatan di mata orang lain. Tetapi sebagai seorang isteri kepada Ashraf, saya dapat melihatnya. Masing-masing punya peranan sendiri. Bukan hanya saya seorang yang membuat keputusan atau memikirkan tentang keluarga. Tetapi kami berdua. Memang benar saya seorang queen control, tetapi just for myself.”

Untuk makluman anda Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Noah.
bunga citra lestari 2
Selepas berkahwin, Ashraf membuat keputusan untuk berhijrah ke negara kelahiran isterinya selain meneruskan kerjayanya sebagai pelakon dan model di sana 
Comments
0 Comments

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Translate